SUBANG JAYA – Malaysia bersedia mengadakan libat urus dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di Bawah Donald Trump.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh dengan AS.
“Ramai anggota pasukan saya telah berkomunikasi dengan pasukan Presiden Trump dan setakat ini, usaha awal agak positif.
“Hubungan kita dengan pemain Utama ini kekal baik, Google dan lain-lain syarikat teknologi uta AS masih berada pada tahap yang sangat baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Anwar yakin negara akan menjadikan keutamaan dasar luar dan ekonomi walaupun perubahan geopolitik yang berlaku.
Pendekatan Malaysia, katanya, akan terus memupuk hubungan seimbang dengan kuasa besar dunia – walaupun menyedari kepimpinan AS di bawah Trump akan ‘bergelora’.
“Trump seorang pragmatik dan ada kepintaran dalam perniagaan yang kuat. Kita mesti memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada hubungan positif dengan AS dengan mengekalkan kestabilan serantau,” ujarnya. – MalaysiaGazette