Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh di bahagian kanan sebuah treler dekat Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pengendali perancah maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah treler Jalan Pintasan Kuantan hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Mohamad Nasrul Aiman Mohd Nasarudin, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

Manakala pemandu treler berusia 36 tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden pukul 7.30 pagi itu.

”Siasatan awal mendapati pemandu treler dari Klang menghala ke Kuantan.

”Apabila berada di tempat kejadian, ketika treler sedang parkir di gigi jalan dengan muatan jentera excavator, tiba-tiba penunggang motosikal dipercayai bergerak dari arah belakang melanggar bahagian sebelah kanan treler dan terbabas ke jalan raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast