Pengguna jalan raya terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas pada hujung minggu berikutan orang ramai memasuki ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tol Sungai Besi. Foto MOHD ADZLAN, 25 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena sambutan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember ini.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Keputusan pengecualian tol ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam 23 Disember 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa).

Alexander berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan kos RM38juta selama dua hari dengan anggaran 2.55 juta kenderaan berada di lebuh raya pada cuti perayaan Krismas.

Menurut Alexander, pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga pada Hari Krismas dan semasa musim cuti sekolah.

“Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pemberian pengecualian tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa musim cuti.

“Pengguna juga dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan untuk meningkatkan aspek keselamatan dalam pengalaman pemanduan supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat bagi memaknai pengertian sambutan perayaan kali ini,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjangkakan berlaku peningkatan trafik di lebuh raya utama seawal semalam terutama bagi lebuh raya yke arah Pantai Timur, utara dan selatan Semenanjung.

Dianggarkan sebanyak 2.55 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Hari Natal ini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS.

“Manakala, masing-masing 188,130; 87,380, 39,830 dan 115,590 kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya KL–Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE),” kata LLM dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here