Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas lelaki berputih mata apabila beliau melabur lebih RM500,000 dalam matawang kripto tetapi memperoleh pulangan sebanyak RM4,000 sahaja.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa yang berusia 61 tahun itu diperkenalkan dengan pelaburan itu oleh seorang kenalan wanita warga asing di laman Facebook, dikenali Sakura Gi Haruko pada Jun lalu.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan telah memuat turun aplikasi Metamask dan Luno menerusi Playstore,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lelaki itu telah memuat 32 transaksi ke 19 akaun berbeza yang diberikan bermula 23 Jun sehingga 17 November dengan jumlah modal keseluruhan sebanyak RM533,000.

Balveer Singh berkata, walaupun pelaburan lebih RM500,000 telah dilakukan, mangsa hanya menerima keuntungan sebanyak RM4,000 dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, mangsa menyedari itipu apabila mangsa diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran wang keuntungan.

Katanya, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, semalam.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

“Siasatan juga akan meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ jika ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here