KUALA LUMPUR – Lebih kurang 30 buah rumah serta sebuah masjid  di Kampung Sri Aman, Semporna rosak akibat angin kencang 4.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah itu, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.21 pagi tadi.

“Dianggarkan 20 rumah serta sebuah masjid di Kampung Selamat rosak dan 10 rumah rosak,” katanya.

Kejadian itu turut mengakibatkan litar pintas.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa yang cedera akibat kejadian tersebut.

Tambah beliau, pihaknya dan Sabah Electricity melakukan pemeriksaan lanjut yang berakhir pada 7.38 pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here