SAO PAULO – Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam nahas bas di tenggara Brazil pada Sabtu.
Manakala 13 penumpang berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan di sebuah hospital berhampiran.
Semasa kejadian bas itu membawa 45 orang penumpang.
Kemalangan di negeri Minas Gerais itu, melibatkan bas yang terbakar dalam perlanggaran adalah yang paling teruk pernah berlaku di lebuh raya persekutuan Brazil sejak 2007, menurut polis.
Setakat ini tidak pastikan fakta kemalangan itu susulan laporan bercanggah antara kenyataan anggota bomba dan saksi di tempat kejadian.
Anggota bomba pada mulanya berkata, berlaku letupan tayar bas kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Lajinha, menyebabkan pemandu hilang kawalan dan melanggar sebuah lori.
Bagaimanapun, saksi memberitahu, lori yang membawa granit yang merempuh bas berkenaan menyebabkan bas yang dalam perjalanan dari Sao Paulo ke Vitoria da Conquista, terbakar.
Kemalangan itu cukup tragis apabila sebuah lagi kereta turut melanggar bas dari belakang, tetapi penumpangnya terselamat.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sebagai “tragedi yang mengerikan”.
Angka kematian dijangka meningkat susulan ada mangsa terperangkap di dalam bas.
Dalam video yang dikeluarkan pagi Sabtu, Leftenan Alonso Vieira Junior, bersama bomba Minas Gerais berkata, kren akan digunakan untuk membersihkan serpihan kerana “masih ada lagi mangsa yang perlu dikeluarkan”.
Antara yang maut ialah pemandu bas dan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak. – Agensi