HOUSTON – Polis Texas menembak mati seorang pemandu yang merempuh sebuah pusat beli-belah di Killeen pada petang Sabtu.
Kejadian itu menyebabkan lima orang cedera termasuk kanak-kanak 6 tahun dan warga emas 75 tahun, kata polis.
Sebelum kejadian, anggota polis telah mengejar pemandu itu sejauh hampir 32 kilometer sebelum memandu trak pikapnya merempuh pintu masuk pusat membeli-belah berkenaan.
Suspek masih belum dikenalpasti.
Seorang anggota pasukan Peronda Lebuhraya Texas berkata, dia cuba menahan pemandu sekitar jam 5 petang selepas mensyaki suspek memandu dalam keadaan mabuk.
Menurut polis, pemandu itu keluar dari lebuh raya dan memasuki tempat letak kereta Killeen Mall, sebelum bertindak merempuh pintu kaca pintu masuk utama kedai JCPenney.
“Suspek memandu merempuh kedai JCPenney dan melanggar beberapa orang,” katanya.
Ketika kejadian usat beli-belah ini agak sibuk.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada lelaki itu memandu masuk ke pusat beli-belah itu dengan sengaja atau “kerana terdesak selepas dia dikejar,” kata polis.
Killeen, sebuah bandar yang memiliki hampir 160,000 penduduk, terletak kira-kira 240 kilometer ke selatan Dallas. – Agensi