Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Mana Suruhanjaya Siasatan Diraja Tommy Thomas?, soal Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, Kabinet bersetuju menunuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tommy pada 11 Januari 2023.

“Apa cerita? Dengan komen terbaru PMX mengenai “pendakwaan beracun”sepatutnya Tommy Thomas disiasat.

“Saya mendesak RCI Tommy Thomas sejak 2021 lagi. Banyak benda boleh dikaitkan jika ada salah laku. Buku memoirnya, perlantikan hakim, Batu Puteh dan “pendakwaan beracun”,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tegas Puad, dua tahun terlalu lama, sekali gus menampakkan ketidakkecekapan.

Soalnya, apakah ada halangan pihak tertentu untuk tubuh RCI Tommy.

“Apakah “delay justice” (penangguhan keadilan) mahu dikrompomikan? Harap BERSIH, C4 dan Bar Council jangan bersikap selektif dalam isu “justice”,” ujarnya.

Pada 11 Januari 2023, Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI mengenai dakwaan dalam buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness”.

Menteri Undang-Undang Azalina Othman dalam satu kenyataan berkata, RCI itu bertujuan untuk mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara.

“RCI ini juga bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak. RCI ini adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Katanya, laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan terhadap dakwaan-dakwaan dalam buku itu dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Selepas meneliti syor dan cadangan dalam laporan itu Jemaah Menteri bersetuju antara lainnya penubuhan RCI bagi meneliti perkara tersebut secara holistik.

“Cadangan Terma Tauliah RCI ini mempunyai skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada syor-syor yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas. Terma tauliah yang terperinci, keahlian dan tempoh RCI ini akan dicadangkan kemudian oleh kerajaan,” kata Azalina.

Menurutnya, kerajaan memandang serius terhadap dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional suatu jawatan tertinggi kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat kepada sistem keadilan serta institusi kerajaan.

Buku tulisan bekas peguam negara itu diterbitkan pada Jan 2021 dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan pada 8 Okt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.

Pada 13 Okt tahun lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here