Sitaan dan pindah halangan oleh DBKL..

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan kes sitaan dan pindah halangan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap barang perniagaan yang mengganggu laluan awam di sekitar Bukit Bintang.

Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Tun Sambanthan, Jalan Thambipillay, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Azlan Shah (berhampiran Monorail Chow Kit).

DBKL menerusi kenyataan berkata, tindakan diambil susulan aduan awam selain demi memastikan kawasan awam sentiasa teratur dan selamat.

“Sitaan dan pindah halang dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974,” katanya.

Menurutnya, antara barang yang sita adalah kerusi, meja plastik dan lain-lain peralatan yang diletakkan di pesiar kaki dan laluan awam.

“Barangan dan peralatan tersebut dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Sehubungan itu, DBKL menggesa semua peniaga dan penjaja supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong. Sekiranya terdapat sebarang aduan, sila salurkan ke pautan tertera seperti berikut https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here