GEORGE TOWN – Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang dekat sinipada 17 Disember lalu telah ditemui selamat di perairan Aceh, Indonesia, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang berusaha untuk membawa pulang dua nelayan berkenaan, Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25 di sempadan.
Menurutnya, kapal APMM kini dalam perjalanan untuk mengambil dua nelayan itu.
Kedua-dua mereka dijangka tiba di Jeti Batu. Maung, kira-kira jam 7 pagi esok.
Dalam kenyataan 17 Disember lalu, Sazalee berkata, bot berwarna biru dan merah serta tiada nombor pendaftaran yang dinaiki dua lelaki itu hanyut. – MalaysiaGazette