Universiti Malaya di Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Neo-Siswa Universiti Malaya (UM) berharap pihak pengurusan universiti lebih proaktif dalam membendung masalah gangguan seksual yang melibatkan tenaga pengajar isu ini tidak berulang lagi.

Presidennya, Nurul Ainna Ramli berkata, kes sebegini bukan sahaja mencemarkan imej institusi pengajian tinggi, malah mencalar kepercayaan mahasiswa yang sepatutnya merasa selamat dalam kampus.

“Saya sangat risau tentang kesan besar terhadap mangsa, rasa takut, malu, dan trauma yang mungkin menghantui mereka bertahun-tahun kerana isu ini bukan benda main-main.

“Kami percaya perkara ini tidak boleh diterima sama sekali kerana universiti sepatutnya menjadi tempat belajar yang selamat, tenang dan ia perlu menjadi sebuah ruang pembelajaran yang aman dan kondusif, bebas daripada ancaman seperti ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Presiden Persatuan Pelajar, Neo-Siswa Universiti Malaya (UM), Nurul Ainna Ramli

Menurut Nurul Ainna, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengelakkan permasalahan ini terus berlaku di masa depan terhadap mahasiswa yang lain.

“Untuk itu, universiti perlu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai hak mereka serta saluran aduan yang boleh dipercayai selain memperkukuh sistem sokongan bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan dan layanan yang sewajarnya.

“Tindakan tegas terhadap pesalah perlu dilakukan dengan hukuman yang setimpal bagi mencegah kejadian sama daripada berulang.

“Saya tidak mahu satu lagi suara mangsa tenggelam dan kami semua bertanggungjawab memastikan kampus kami selamat untuk semua mahasiswa,” ujarnya.

Beliau yang juga wakil bagi pihak Nharasiyah iaitu insiaitif untuk lindungi mahasiswi  telah membuat agihan ‘safety keychain’ dan turun padang untuk membuat eksperimen sosial bagi menyebarkan kesedaran berkaitan isu ini.

“Kami juga tidak akan berhenti memberi kesedaran berkaitan isu ini sama ada melalui laporan kepada pihak berkuasa, kenyataan rasmi , aktiviti kebajikan dan penerangan untuk membendung isu ini daripada berulang lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here