Seramai 23 orang graduan Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan turut diraikan pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Latihan dan Kerjaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kali ke-3 hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 23 orang graduan Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan turut diraikan pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Latihan dan Kerjaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kali ke-3 di sini hari ini.

Mereka mengikuti latihan daripada Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (Perkum) dan telah ditawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan minimum RM1,800 sebulan.

Mereka telah membuktikan kekurangan bukan alasan untuk berjaya kerana setiap individu memiliki keistimewaan dan kekuatan tersendiri,kata kenyataan MAIWP hari ini.

Selain itu MAIWP hari ini turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.434 juta untuk menyediakan sijil latihan kepada 309 pelatih asnaf melalui 12 agensi terkemuka yang menawarkan kursus berpotensi tinggi, membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Sebanyak 12 agensi yang terlibat memberi peluang kepada pelatih asnaf untuk berkembang dan berjaya menerusi bidang automotif, kecantikan, jentera berat, kesihatan dan perkapalan.

Inisiatif itu bukan hanya bertujuan mengupayakan asnaf tetapi juga untuk mencipta peluang pekerjaan dan mengubah mereka dari penerima zakat kepada pembayar zakat di masa depan, kata kenyataan MAIWP.

Hari ini Majlis Graduasi dan Apresiasi Latihan dan Kerjaya MAIWP Kali Ke-3 telah Dewan Tun Dr. Siti Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur.

Ia dirasmikan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,
Datuk Mohd Nizam Yahya serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Mohd Fauzi Abidin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here