JKR Pekan menjalankan kerja pembaikan jalan berlubang di sekitar Peramu Jaya, Pekan malam tadi

KUANTAN – Pemantauan dan pembaikan semula jalan raya berlubang di sekitar kawasan Peramu Jaya, Pekan sentiasa dilakukan walaupun dalam keadaan hujan, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan itu, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.

Beliau memberi maklum balas itu selepas aduan pengguna menerusi hantaran di media sosial mengenai beberapa masalah jalan raya termasuk isu jalan berlubang.

“Sila ambil maklum bahawa pelbagai usaha telah dilakukan bagi meyelesaikan masalah jalan berlubang akibat hujan.

“Saya terima aduan dengan hati yang terbuka. Insya-Allah saya akan berusaha sebaik mungkin bagi mengatasi masalah terutamanya yang berlaku di dalam kawasan DUN Peramu Jaya,” katanya.

Sebelum ini terdapat satu hantaran dibuat oleh seorang pengguna di laman Facebook ‘Kami Asal Pekan Pahang’ menyindir ADUN itu seolah-olah tidak turun padang melihat sendiri keadaan jalan raya utama di daerah terbabit.

“Saya melihat ‘caption’ tersebut tidak begitu menyenangkan tetapi saya tidak mengambil hati kerana itu perjuangan saya dan bersama yang lain,” katanya.

Mengulas mengenai aduan pelaksanaan lampu isyarat pintar pula, Nizar meminta  penduduk dan pengguna jalan raya terbabit bersabar kerana ia masih dalam tempoh ujian dan percubaan.

Beliau memberitahu, pelaksanaannya nanti akan melancarkan lalu lintas di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here