KUANTAN – Remaja berusia 17 tahun antara 11 lelaki ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sini bermula jam 9 malam sehingga 7 pagi tadi

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, kesemua mereka ditahan kerana menunggang motosikal yang diubahsuai tidak mengikut spesifikasi.

“Kesemua yang ditahan berusia sehingga 35 tahun mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 hasil pemeriksaan ke atas 95 buah motosikal,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

Menurutnya, menerusi operasi tersebut, sebanyak 53 buah kereta dan 14 kenderaan pelbagai guna (MPV) turut diperiksa.

Keseluruhan 47 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan membabitkan motosikal (38), kereta (6) dan MPV (14).

Manakala 41 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan 14 notis arah periksa dan lima notis larangan penggunaan kenderaan.

Wan Mohd Zahari juga memaklumkan tiga buah motosikal telah diperiksa mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (bunyi bising kenderaan motor) 1987 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut serta dalam operasi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here