Anggota bomba dan pasukan penyelamat lain bekerja di lokasi nahas pesawat di bandar Gramado, negeri Rio Grande do Sul, Brazil, pada 22 Disember 2024. foto AFP

SAO PAULO – 10 ahli keluarga terbunuh pada pagi Ahad selepas sebuah pesawat kecil terhempas di bandar pelancongan Gramado di selatan Brazil, Rio Grande do Sul.

Pesawat Piper Cheyenne 400 turboprop itu dipandu oleh seorang ahli perniagaan Luiz Claudio Salgueiro Galeazzi.

Jabatan Pertahanan Awam berkata, pesawat itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Canela berhampiran Gramado.

Beberapa saksi mendakwa, helikopter itu mula-mula melanggar cerobong sebuah bangunan, sebelum merempuh sebuah kedai perabot.

Nahas itu turut mencederakan 17 yang lain di darat, termasuk dua daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Gramado ialah bandar pelancongan yang popular di Brazil, dengan kemasukan pelawat yang ketara semasa musim Krismas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here