Ketua Jabatan Haji Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun sesi bergambar bersama Agensi Prlancongan dan Umrah pada Pra Pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke 3 di TH03 Temu Hall, Menara Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Seramai 16,000 pengunjung dijangka hadir pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 1446H/2025 di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Januari ini.

Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd. Hisham Harun berkata, tujuan utama karnival itu untuk memberi pilihan kepada bakal-bakal haji terpilih menunaikan haji sama ada bersama muassasah atau menerusi pakej yang ditawarkan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

“Karnival ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan pakej haji yang disediakan oleh 37 buah syarikat yang dilesenkan TH dikenali sebagai PJH berbanding 25 buah syarikat pada musim haji yang lalu.

“TH memberi ruang dan peluang bakal-bakal haji menilai kesemua pakej yang ditawarkan oleh 37 buah syarikat PJH di bawah satu bumbung dan memudahkan bakal-bakal haji untuk membuat pilihan pakej haji mengikut kemampuan dan cita rasa masing- masing selari dengan tema Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji,” katanya.

Ketua Jabatan Haji Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun (dua kiri) bersama Presiden Bumitra Malaysia, Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin (tengah) melakukan gimik Pra Pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke 3 di TH03 Temu Hall, Menara Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 DISEMBER 2024

Beliau berkata demikian pada sidang media pra pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 1446H/2025 di Menara Kuala Lumpur di sini hari ini.

Karnival kali ketiga itu anjuran bersama TH dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumiputra Malaysia).

Sementara itu, Presiden Bumputra Malaysia, Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin berkata, Karnival PJH mencerminkan visi bersama untuk mempromosikan kepercayaan, ketelusan dan kecemerlangan dalam industri haji dan umrah.

Menurut beliau, kerjasama bersama TH dan RHB Islamic Bank akan membolehkan bakal-bakal haji tahun 2025 untuk membuat keputusan yang tepat bagi perjalanan ibadah mereka.

“Saya juga mengingatkan orang ramai yang ingin menunaikan fardu haji supaya memilih syarikat yang berdaftar di bawah TH bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti kes penipuan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here