Bangkai helikopter yang terhempas di Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese di Mugla. foto Anadolu

MUGLA – Sebuah helikopter ambulans merempuh sebuah hospital di wilayah Mugla di barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

Dua juruterbang, seorang doktor, dan seorang pekerja penjagaan kesihatan terkorban apabila helikopter itu terhempas di kawasan  bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese di Mugla.

Dalam catatan di X, Presiden Recep Tayyip Erdogan menzahirkan kesedihannya atas kematian dan mengucapkan takziah.

Kejadian berlaku ketika kabus tebal namun Akbiyik berkata, punca nahas sedang disiasat.

Tambahnya, kejadian itu tidak menyebabkan kerosakan di dalam premis hospital. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here