Allahyarham Fazal Ahmad Daud

KUALA LUMPUR – Adik lelaki pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud meninggal dunia hari ini akibat masalah batu karang dalam hempedu.

Menurut Fauziah yang lebih dikenali dengan panggilan Ogy, adik lelaki tunggalnya, Fazal Ahmad Daud meninggal pukul 7 pagi tadi di Taiping, Perak.

“Sejak Oktober lagi dia sudah dimasukkan ke hospital. Sudah tiba masanya dia pulang ke negeri abadi. Walaupun sudah melakukan pembedahan namun tahap kesihatannya terus merosot dan lemah,” katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di Facebook.

Ogy berkata, Allahyarham sudah lama menghidap penyakit itu dan merahsiakannya daripada adik-beradik.

Katanya, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang dekat sini selepas solat Zohor.

“Saya akan sentiasa merindui arwah. Dia seorang anak yang baik, adik yang baik” ujarnya.

Fauziah turut memohon ambun dan maaf bagi pihak allahyarham adiknya jika ada melakukan salah dan silap sepanjang hidupnya.

“Tolong doakan yang baik-baik ya dan saya sebagai kakak memohon jutaan ampun dan maaf jikalau ada apa-apa jua kesalahan dan kesilapan sepanjang hidupnya,” kata Ogy dalam nada sayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here