Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham.

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu Malaysia (Armada) akan melakukan Jelajah Pemantapan Organisasi (JPMO) bermula 2 hingga 4 Januari depan di Johor dan Melaka.

Ketuanya, Himan Idham berkata, ia merupakan langkah pertama susulan Mesyuarat Biro Politik Armada Bersatu Malaysia yang diadakan pada Sabtu lepas.

Katanya, perbincangan pada mesyuarat berkenaan memberi fokus kepada usaha pemantapan organisasi, memperluas jaringan politik dan persiapan pilihan raya.

“Persediaan Armada Bersatu di peringkat Bahagian dan Cawangan penting bagi membina ketumbukan jentera yang kuat bagi mendepani pilihan raya negeri (PRN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hilman, mesyuarat juga memutuskan supaya Jabatan Latihan dan Pemantapan Idealisme segera memulakan program pelatihan Armada secara berkala dan konsisten bagi aktivis dan kepimpinan Armada bermula awal Februari 2025 bagi mempersiapkan lebih ramai pimpinan muda sebagai calon dalam pilihan raya.

Pada masa yang sama kata beliau, Jabatan Pilihan Raya dan Pendemokrasian juga akan memulakan gerak kerja pilihan raya bagi mengenalpasti kerusi-kerusi strategik, isu-isu rakyat dan pembangunan serta membina jaringan tempatan bagi menjamin kemenangan Perikatan Nasional.

“Jelajah Pemantapan Organisasi (JPMO) ini akan turut dilaksanakan di kesemua 12 buah negeri yang lain sehingga akhir Februari 2025,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here