Ilustrasi Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR – KLCC (Holdings) Sdn. Bhd. (KLCCH) telah memeterai perjanjian dengan Bandar Malaysia Sdn. Bhd. dan Bandar Malaysia Land Sdn. Bhd. untuk memperoleh tanah seluas 486 ekar yang terletak di tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Jalan Sungai Besi.

Perjanjian Jual Beli Tanah itu telah berlangsung pada 4 Oktober 2024, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, KLCCH akan melaksanakan pembangunan berdasarkan daya maju komersial dalam tempoh jangka panjang.

Pembangunan ini dibayangkan sebagai hab perniagaan antarabangsa dan bandar yang boleh didiami dan inklusif untuk masyarakat.

Dengan dua daripada pembangunan paling ikonik di negara ini – Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) dan Putrajaya, KLCCH telah menunjukkan visi strategik dalam pembangunan bandar berskala besar, menetapkan piawaian dalam perancangan induk dan kemampanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here