SANAA – Kumpulan Houthi mendakwa menembak jatuh sebuah pesawat F-18 Hornet milik Amerika Syarikat (AS) ketika ia berdepan dengan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan ke atas kapal pengangkut pesawat yang melakukan pencerobohan bersama United Kingdom (UK) ke atas Yeman.
Menurut kenyataan kumpulan itu, kebanyakan pesawat musuh mula berundur dari ruang udara Yeman ke ruang udara antarabangsa di Laut Merah bagi mempertahankan kapal pengangkut pesawat, USS Harry Truman yang menjadi sasaran kumpulan tersebut.
“Serangan yang dilakukan oleh gabungan tu di wilayh Yemen gagal, dengan angkatan tentera Yemen menandakan kekalahan penting pihak penceroboh,” katanya.
Bagaimanapun tentera laut AS mendakwa pesawat yang jatuh di Laut Merah akibat tertembak sendiri oleh pihak gabungan ketenteraan itu.
Kedua-dua juruterbang berjaya keluar dari pesawat dengan kerusi anjal namun salah orang daripada mereka mengalami kecederaan.
Menurut kenyataan itu, kapal USS Harry S. Truman turut berundur daripada lokasinya di Laut Merah menuju ke utara selepas beberapa serangan peluru berpandu dari darat dan udara dilakukan.
Menurut kumpulan Houthi, ia bersedia berhadapan dengan provokasi yang dilakukan AS-UK-Israel pada masa depan.
Kumpulan tersebut memberi amaran kepada AS dan Israel terhadap pencerobohan yang dilaukan di Yemen bahawa ia akan menggunakan haknya untuk mempertahankan negara itu dan terus menyokong penduduk Palestin sehingga pencerobohan dan keganasan di Gaza dihentikan.