KUALA LUMPUR – Lawatan perjumpaan keluarga penghuni sempena sambutan Hari Krismas ditetapkan pada hari ketiga dan keempat (27 dan 28 Disember 2024) kepada keluarga semua penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.
Jabatan Penjara Malaysia berkata, lawatan perjumpaan banduan/tahanan/penghuni bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
Pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.
Menurutnya, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni kerana boleh dibeli dari kantin penjara dan keutamaan lawatan kepada penghuni beragama Kristian sahaja.
Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni, memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara. Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan
penerimaan.
Jabatan Penjara berkata, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.
Tambahnya, perjumpaan secara online pula akan dilaksanakan untuk tempoh tiga hari iaitu mulai 29 Disember hingga 31 Disember 2024 bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka. – MalaysiaGazette