Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Op Lancar dilaksanakan bermula hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia bertujuan mengurangkan kesesakan menerusi tindakan penyuraian di laluan utama selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

JSPT mengambil maklum pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) termasuk lain-lain konsesi lebuh raya serta jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.

PLUS pada 17 Disember lalu menjangkakan sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya dalam sehari, susulan pemberian tol percuma untuk semua kenderaan ringan bermula hari ini hingga esok selain kesempatan cuti persekolahan hingga penghujung 2024.

Justeru, Mohd Yusri dalam kenyataan mengingatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas seperti memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta mematuhi peraturan lampu isyarat merah.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan perjalanan bersama keluarga.

“Pastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik. Bagi majikan dan pemandu kenderaan perdagangan digalakkan merancang pergerakan dengan keutamaan menggunakan jalan persekutuan dan jalan negeri untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama di seluruh negara.

“Pengguna jalan raya juga hendaklah kekal berdisiplin serta sentiasa berhemah dan pihak polis menghargai kerjasama yang diberikan pengguna jalan raya. Untuk penyaluran maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas. orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan di peringkat daerah dan kontinjen,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here