Askar Israel dihadapan bangunan yang dimusnahkan, Foto: AFP

BAITULMAQDIS – Pejuang Briged Al-Qassam berjaya membebaskan tawanan Palestin yang ditahan tentera penceroboh Israel dalam operasi ketenteraan di Beit Lahia, utara Jalur Gaza.

Menurut briged itu, pejuangnya ‘menikam dan membunuh tiga tentera Zionis yang dalam misi untuk menjadikan sebuah bangunan sebagai kubu’.

Tambahnya, pejuangnya telah menyerbu rumah tersebut dan membunuh semua tentera Zionis dari jarak dekat, merampas senjata mereka dan membebaskan beberapa tahanan awam yang ditahan oleh penceroboh di dalam rumah tersebut.

Dalam pada itu, media Israel melaporkan tentang pembunuhan dua tenteranya malam semalam dalam insiden letupan di Jabalia, utara Jalur Gaza.

Sebelum itu, Briged al-Qassam mengumumkan operasi jihad yang menyasarkan tentera Israel di Jalur Gaza.

Sayap tentera Kumpulan Hamas itu berkata, pejuangnya melakukan ‘operasi keselamatan yang rumit’ yang mana para pejuang telah membuka laluan untuk melaksanakan serangan untuk menawan tentera penceroboh di kem pelarian Jabalia.

Serangan seperti itu tidak dilibatkan dalam taktik kumpulan pejuang Palestin itu yang mana majoriti serangan yang dilakukan sebelum ini adalah serangan ‘hit and run’ dan serang hendap.

Bagaimanapun memandangkan ia merupakan kempen ketenteraan ketiga dilancarkan tentera penceroboh ke atas Jabalia, pemimpin Briged al-Qassam memperkenalkan semula operasi jihad.

Tentera brided itu berjaya menghapuskan seorang penembak tepat dan seorang peninjau tentera Israel di kem tersebut dan merampas senjata mereka.

Sejam selepas serangan itu, pejuang Palestin melakukan penyamaran dengan mengenakan pakaian seragam tentera musuh lalu mendekati enam tentera Israel sebelum meledakkan bahan letupan yang dilekatkan di badannya untuk membunuh mereka.

Operasi tersebut disusuli dengan satu lagi operasi pada Khamis lalu di kem pelarian Jabalia yang mana anggota Briged al-Qassam menikam dan membunuh seorang pegawai dan tiga anggota tentera Israel. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here