Poster Konsert Running Man Run 2 U di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Enam ahli rancangan hiburan popular Korea Selatan, Running Man akan kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun.

Barisan bintang yang terdiri daripada Ji Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan akan menemui peminat dalam Konsert Running Man Run 2 U in Kuala Lumpur di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 15 Februari 2025.

Tanpa disedari, rancangan itu sudah bersiaran selama 14 tahun sejak tahun 2010 dan paling mengagumkan apabila mereka berjaya mengekalkan populariti mereka bukan sahaja di rantau Asia mala peringkat global.

Walaupun barisan ahli rancangan itu pernah bertukar dan mengalami perubahan dalam beberapa tahun ini, ia sedikit pun tidak menjejaskan populariti Running Man.

Sejak tahun 2013, kru program itu mula melakukan kunjungan ke luar negara untuk bertemu dengan peminat.

Kini selepas tujuh tahun, barisan bintang itu kembali untuk bertemu peminat di Malaysia.

Kunjungan itu menjadi lebih istimewa kerana ia merupakan kunjungan kali pertama bagi Yoo Jae Suk dan Yang Se Chan ke Malaysia.

Konsert Running Man Run 2 U sudah dianjurkan di Filipina dan Indonesia dengan penjualan tiket yang sangat memberangsangkan.

Peminat boleh melakukan pembelian tiket bermula 26 Disember nanti. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here