Allahyarhamah Istiqomah Ahmad Rozi

ALOR GAJAH – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 23 Jan sebagai sebutan semula kes bekas guru yang berdepan tuduhan membunuh seorang guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember tahun lepas.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menetapkan tarikh itu selepas Pegawai Pendakwa Insp Noor Hidayu Abd Latif memaklumkan pihaknya telah menerima laporan DNA dan bedah siasat berhubung pembunuhan kejam berkenaan.

Tarikh itu ditetapkan mahkamah selepas menerima cadangan daripada peguam tertuduh K. Veeranesh.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga bekas guru didakwa pada 19 Ogos lepas atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Teoh namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh membunuh Istiqomah yang mayatnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang di sini antara 26 hingga 31 Dis 2023.

Sabit kesalahan, boleh dihukum gantung atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here