Mohamad.

GEORGE TOWN – Tujuh sekeluarga tinggal di dalam kereta yang mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong adalah penerima skim kewangan bulanan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, berdasarkan rekod, keluarga itu adalah penerima bantuan bulanan.

“ZPP membantu keluarga ini dengan membayar kos deposit sewa rumah dan mereka dilaporkan sering hadir ke ZPP untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

“Selain itu, ZPP juga sentiasa mengemaskini kadar jumlah penerimaan mengikut kesesuaian semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah mendapat perhatian Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam apabila beliau membantu menyediakan rumah dan mendapatkan pekerjaan buat ketua keluarga tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook, Steven yang juga Menteri Sumber Manusia berkata lelaki itu yang dikenali sebagai Hilmi, sebelum ini merupakan pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka.

Namun malangnya menurut Sim mereka ditipu tuan rumah dan dihalau meskipun deposit sewa telah dibayar.  – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here