Imej lelaki yang dipercayai membakar seorang penumpang wanita dalam kereta api bawah tanah.

NEW YORK – Seorang wanita maut selepas dia dibakar ketika tidur dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn, pada hari Ahad.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kes ini berjaya ditahan.

Pesuruhjaya Polis New York, Jessica Tisch, wanita itu, yang tidak dinamakan, berada di dalam kereta bawah tanah di stesen Coney Island-Stillwell Avenue di Brooklyn kira-kira 7.30 waktu tempatan (12:30 GMT) apabila seorang lelaki menghampirinya.

Lelaki itu kemudian menggunakan pemetik api dan menyalakannya pada pakaian mangsa.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.

Polis masih belum dapat mengenal pasti mangsa.

Lelaki yang ditahan itu datang ke Amerika Syarikat dari Guatemala pada 2018.

Setakat ini, tiada pertuduhan difailkan, tetapi penyiasat masih menyoalnya dan cuba menentukan motif.

“Dalam kes hari ini, kami dapat imej suspek yang sangat jelas dan terperinci. Kemudian, kami meminta media menyiarkan imej tersebut dalam meluaskan pencarian kami,” katanya.

Suspek digambarkan memiliki ketinggian 5 hingga 6 kaki, berat 150 paun dan berusia kira-kira 25 hingga 30 tahun.

Ketika kejadian dia memakai baju kelabu, topi bulu kelabu, seluar berlumuran cat dan but.

NYPD telah menawarkan ganjaran AS$10,000 untuk maklumat mengenai kejadian itu.

Kemudian, tiga pelajar sekolah menengah yang melihat lelaki itu telah menghubungi 911 hingga membawa kepada penangkapannya.

Polis berkata, tiada interaksi sebelum serangan itu dan percaya mereka berdua orang tidak mengenali antara satu sama lain.

Lelaki itu kemudian turun dari kereta api ketika anggota polis yang membuat rondaan bergegas ke lokasi kebakaran.

“Anggota polis sedang membuat rondaan di tingkat atas stesen itu terhidu dan melihat asap dan pergi untuk menyiasat.

“Apa yang mereka lihat ialah seorang yang berdiri di dalam kereta api terbakar sepenuhnya,” kata polis.

Polis masih berusaha mengenal pasti identiti mangsa dan motif serangan.

Lelaki itu kemudiannya ditemui ketika duduk di atas bangku di luar tren.

Polis berkata, pihaknya masih berusaha untuk menentukan sama ada mangsa sedang tidur ketika dia dibakar.

“Dia (mangsa) tidak bergerak. Jadi untuk mengatakan sama ada dia tidur atau tidak, kami tidak pasti 100%, tetapi nampaknya dia tidak bergerak di tempat itu. Dan apabila kejadian itu berlaku, tiada interaksi antara mereka,” ujarnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here