ZURICH – Seramai 10 orang penumpang memerlukan rawatan selepas penerbangan syarikat penerbangan Switzerland terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana asap di dalam kokpit dan kabin, kata syarikat itu.
Seorang anak kapal kabin telah dihantar ke hospital dengan helikopter selepas pesawat itu mendarat di bandar Graz, Austria.
Keadaan mereka tidak segera diketahui tetapi syarikat penerbangan itu berkata, ia “sangat bimbang”.
Empat anak kapal lain telah dirawat oleh pasukan perubatan.
Pesawat Airbus 220-300 itu, yang membawa 74 penumpang dan lima anak kapal, sedang terbang dari Bucharest ke Zurich apabila ia terpaksa mendarat di Graz kerana “masalah enjin dan pengesanan asap di kedua-dua kabin dan kokpit”.
“Kami masih berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang berusaha untuk menentukan punca kejadian dan merancang langkah seterusnya,” kata syarikat penerbangan tersebut.
Lapangan Terbang Graz ditutup semasa pesawat masih berada di landasan. – Agensi