Barang-barang dan sebuah kereta yang dirampas daripada tiga lelaki yang mencuri kabel di kampus Uniten.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini kerana mencuri kabel di kawasan kampus Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya, Kajang.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pendakwaan itu susulan tangkapan mereka pada jam 10 malam, 21 Disember lalu selepas menerima laporan kecurian kabel pada 8 Disember.

Ketiga-tiga suspek berumur antara 33 dan 41 tahun ditangkap ketika sedang melakukan aktiviti memotong kabel.

Selain tangkapan, polis turut merampas alat memotong kabel dan kereta Perodua Axia.

Norhizam berkata, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan disahkan positif dadah.

Mereka didakwa di Mahkamah Sepang di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here