Mahasiswa UiTM yang menyertai program Rehlah An-Nisa’ bergambar bersama jawatankuasa Masjid Bandar Seri Putra.

KUALA LUMPR – Sejumlah 40 orang mahasiswi Kolej Kediaman Melati UiTM Shah Alam telah mengadakan program Rehlah An-Nisa’ ke Masjid Bandar Seri Putra baru-baru ini.

Program yang bertemakan ” Dakwah Kreatif Merentasi Institusi ” ini bertujuan menjalin sinergi dakwah antara dua insitusi iaitu UiTM dan masjid melalui aktiviti khidmat masyarakat serta pembinaan kandungan dakwah di media sosial khususnya TikTok.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Riza Atiq Abdullah, Nazir Masjid Bandar Seri Putra.

“Pihak masjid sangat menyokong usaha dakwah ini terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Idea segar dan kreatif para mahasiwa sangat diperlukan bagi memastikan kandungan dakwah sampai dan diterima sesuai dengan trend masa kini “ ujar beliau dalam ucapan perasmiannya.

Menurut Pengarah Program Rehlah An-Nisa, Sarah Irdina Suhairul, penganjuran program ini membolehkan para remaja berganding bahu bersama institusi masjid bagi memanfaatkan kemahiran dan idea dalam usaha menyebarkan dakwah dalam era teknologi masa kini.

Pada program itu, mahasiswi turut mengambil kesempatan membersih dan menceriakan kawasan masjid serta berpeluang menerima perkongsian menarik daripada Muhammad Amirul Azizi Roslan, pencipta kandungan dakwah terkenal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here