KUALA LUMPUR – Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney dijangka kekal dalam saingan bola sepak Thailand sehingga akhir musim 2024/25.
Portal sukan Thailand, Think Curve melaporkan Nakhon Pathom United mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.
Malah, kehadiran Tierney bakal meringankan beban serangan yang digalas dua tonggak import, Valdo dan Taku Ito.
Selain Valdo dan Ito, Veljko Filipovic, Amirhossein Nemati, Lesley Ablorh dan Kwame Karikari turut menjadi tonggak import Nakhon Pathom.
Sebelum ini, Tierney menghabiskan separuh pertama musim secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama kelab Thai League 2, Chonburi FC.
Keputusan tersebut dibuat selepas Tierney memilih mewakili Harimau Malaya dalam saingan ASEAN Championship 2024 yang masih berlangsung ketika ini untuk peringkat separuh akhir.
Sementara itu, SChonburi turut membuat drastik apabila menamatkan kontrak pinjaman bek tengah England, Charlie Clough.
Nakhon Pathom ketika ini menduduki tangga ke-15 Thai League 1 dengan sembilan mata selepas mengharungi 15 perlawanan. – Agensi