Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Pecah Tanah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Benta hari ini

LIPIS – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Benta akan mula dibina tahun depan dengan kos RM4.5 juta.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan balai bomba itu bakal memberi manfaat kepada 30,000 penduduk serta kawasan sekitar termasuk pengguna di Lebuhraya Tengah Utama (LTU).

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Benta merupakan projek pembinaan Balai Bomba Kategori D yang akan dilaksanakan di atas tapak berkeluasan 3.022 ektar.

”Balai ini akan dilengkapi dengan ruang jentera, padang kawad dan Menara, stor logistik, dan kemudahan-kemudahan lain bagi membantu operasi harian balai.

“Mengikut perancangan yang telah ditetapkan, projek pembinaan ini akan bermula pada Oktober 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2027,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette

Mengulas lanjut Wan Rosdy berkata, sebelum ini penduduk menghadapi kesukaran apabila berlaku kejadian kecemasan memandangkan BBP terdekat terletak sejauh 30 kilometer dan memerlukan respons selama 34 minit.

Justeru beliau berharap pembinaan BBP Benta boleh disiapkan lebih awal dari jadual yang boleh dimaanfaatkan kepada penduduk sekitar.

Setakat ini Pahang mempunyai 28 buah balai bomba. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here