KUALA LUMPUR – Seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dari Pos Dakoh diterbangkan menggunakan pesawat bomba untuk di bawa ke hospital berhampiran.
Kanak-kanak tersebut dilaporkan mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit serta muntah-muntah berlarutan yang telah mencecah hari keenam.
Kanak-kanak itu ditemani oleh kedua ibu dan bapanya.
Pesakit serta ibu dan bapanya kemudian diserahkan kepada anggota di Balai Bomba Penyelamat Gua Musang untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Tugasan tersebut telah dilaksanakan oleh Kru BOMBA 07 terdiri daripada TPgB II Sharizal Sahari (juruterbang 1), PPgB Mohd Rizzan Jefri (juruterbang 2) yang menerbangkan pesawat AW139 (9M-BOD) bersama tiga lagi anggota dari Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM, Bertam, Pulau Pinang. – MalaysiaGazette