Abu Talib Abu Bakar bercakap kepada media di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 24 DISEMBER 2024.

BANGI – Sepupu Allahyarham Ramli Ab Wahab, mangsa nahas jalan raya di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan semalam terkejut dengan pemergian saudaranya.

Abu Talib Abu Bakar, 57, dari Alor Gajah, Melaka berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Katanya, Allahyarham sangat disenangi oleh seluruh ahli keluarga kerana perwatakannya yang ramah.

“Satu pemergian yang mengejutkan, arwah bagus, dia ramah, dengan anak-anak, dengan semua. Kami sangat terkejut dengan pemergiannya.

“Dia (Allahyarham) Selalu senyum gembira sahaja. Gelak tawa arwah akan jadi kenangan abadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi Sg. Tangkas.

Beliau hadir tanah perkuburan tersebut bersama seorang lagi sepupu arwah iaitu Shah Danil Abdul Ghani,56, bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Ramli.

Abu Talib berkata, pemergian sepupunya itu diketahuinya daripada laporan berita yang tersebar awal pagi tadi.

“Kami tahu pun sudah pagi, jam 6. Kalau tahu awal dah pergi awal tengok,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berharap supaya kerajaan mendapatkan pembelaan setimpalnya khususnya kepada dua lagi cucu Ramli yang kini sedang dirawat di Hospital Melaka.

Ramli, 66, dan isteri, Fauziah Jaafar, 69, bersama anaknya, Fadzlenna dan menantunya Khairul Ikhwan Mazupi, serta  cucunya, Muhmmad Umar Khairul Ikhwan, 2 tahun antara tujuh yang terkorban dalam nahas jalan raya yang berlaku pada 8.30 malam tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here