KUANTAN – Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangi suaminya yang cuba mengelak anjing lalu terbabas di Gambang di sini pada malam tadi.
Ketua Polis Kuantan Asisten Komisoner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata isteri mangsa, Maizatunorita Awang, 41, disahkan meninggal di lokasi nahas akibat cedera parah.
Manakala suaminya yang berusia 43 tahun cedera di bahagian kepala dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manaka jenazah Maizatunorita dibawa ke Unit Forensik hospital sama bagi tujuan bedah siasat.
Kemalangan berlaku semasa pasangan ini arah Gambang menghala ke arah Taman Resedensi Gambang.
”Pihak polis menerima laporan kemalangan motosikal membabitkan sepasang suami isteri di Taman Resedensi Prima Gambang 1, Lebuhraya Tun Razak Gambang, Kuantan jam 9.25 malam tadi.
”Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal yang sedang bergerak lurus, tiba-tiba dipercayai telah mengelak anjing lalu hilang kawalan dan terbabas di atas jalan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette