Kediaman Allahyarham Khairul Izwan Mazupi yang merupakan mangsa nahas tiga kenderaan kelihatan lengang di Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 DISEMBER 2024

BANGI – Kediaman Allahyarham Khairul Izwan Mazupi di Seksyen 4 Bangi di sini masih lengang tanpa kelihatan kelibat pelawat.

Berdasarkan pemerhatian MalaysiaGazette, pintu pagar masuk ke kediaman tersebut berkunci rapat dan hanya terdapat sebuah kereta di hadapan rumah.

Khairul Ikhwan Mazupi, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32 maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Melaka, semalam.

Turut meninggal dunia adalah bapa mentuanya, Ramli Ab Wahab, 66, dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Sementara itu, dua anaknya, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan dan adiknya, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan berusia tujuh dan empat tahun cedera dan masing-masing dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here