Norriyani Idris sepupu kepada Fadzlenna Ramli, 32 maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Melaka, semalam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 DISEMBER 2024

BANGI – Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi dan keluarga difahamkan ke Melaka bagi menghadiri perjumpaan keluarganya, kata sepupu kepada Fadzlenna Ramli, Norriyani Idris. 

Fadzlenna adalah isteri Khairul Ikhwan yang turut meninggal dunia kemalangan membabitkan bas persiaran, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori treler di KM 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi.

“Mereka mungkin ke Melaka sebab kampung Pak Cik Ramli Ab Wahab (bapa Fadzlenna) di Melaka,” kata Norriyani di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Norriyani berkata, dia mendapat berita kemalangan itu pada jam 5 pagi daripada abang Allahyarham Fadzlenna.

“Kami dengar berita mengenai kemalangan itu jam 5 pagi sebab abang Fadzlenna beritahu mereka terlibat dalam kemalangan. Satu keluarga meninggal,” katanya lagi.

Selain Khairul Ikhwan dan Fadzlenna yang maut dalam kemalangan lima kenderaan itu turut terkorban ialah Ramli Ab Wahab, 66, (bapa Fadzlenna) dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2 serta Fauziah Jaafar (isteri Ramli).

Sementara itu, dua anaknya, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan dan adiknya, Nur Sofea Humaira masing-masing  tujuh dan empat tahun cedera dan dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.

Jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bangi petang ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here