BALIKESIR – 12 orang maut dan beberapa lagi dalam letupan kuat dan menggegarkan di sebuah kilang bahan letupan di wilayah Balikesir, barat Turkiye.
Menteri Kesihatan Turkiye, Kemal Memisoglu berkata, lima orang turut cedera dalam kejadian itu.
Gabenor Balikesir, Ismail Ustaoglu memaklumkan, pihak pendakwa Turkiye sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.
“Kami menjangkakan tiada warganegara lain yang berada di dalam. Mereka yang cedera berada dalam stabil. Letupan berlaku atas sebab teknikal, tiada kemungkinan berlaku sabotaj,” katanya.
Terdahulu, Ustaoglu berkata, letupan itu berlaku di bahagian pengeluaran kapsul kilang itu, yang terletak di kawasan luar bandar Kavakli di daerah Karesi, atas sebab-sebab yang belum ditentukan.
Letupan itu menyebabkan bangunan itu runtuh, tambahnya.
Krew kecemasan, termasuk 112 pasukan perubatan dan bomba kecemasan, telah dihantar ke lokasi sejurus selepas kejadian.
Menteri Kehakiman Turkiye, Yilmaz Tunc berkata, siasatan sedang dibuat.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, “Saya amat sedih dengan kehilangan 12 saudara kita.”
Erdogan turut mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan ke atas insiden itu. – Agensi