KUALA LUMPUR – Acara lelongan barangan peribadi milik pelakon Rozita Che Wan yang sepatutnya berlangsung di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini ditunda ke satu tarikh baharu.
Penundaan itu dimaklumkan wakil peguam Mara yang enggan dikenali kepada pihak media.
“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok.
“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya.
Laporan media semalam memaklumkan acara lelongan barangan itu membabitkan 34 barangan yang berjumlan RM 902,012.46.
Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan kegagalannya melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan. – MalaysiaGazette