PARIS – Kira-kira 1,200 orang pengunjung Menara Eiffel di Paris terpaksa dipindahkan pada pagi Selasa selepas penggera kebakaran dibunyikan akibat litar pintas dalam sistem lif antara tingkat dua dan bahagian atas menara.
Tiada pelawat yang cedera dan menara itu akan dibuka semula secara progresif lewat hari ini, tetapi dengan akses tidak lebih daripada tingkat dua, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali monumen itu.
Siasatan terhadap punca litar pintas itu sedang dijalankan, katanya.
Mercu tanda ikonik itu menarik antara 15,000 dan 25,000 pelawat setiap hari.
Insiden kebakaran ini mengingatkan kebakaran yang terjadi pada 1956 di bilik kawalan Menara Eiffel, yang menyebabkan kerosakan teruk dan memerlukan masa setahun untuk pembaikan. – Agensi