KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah unit apartmen Bangi Idaman, Bandar Baru Bangi, Selangor sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kehilangan Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham dilaporkan pada pukul 2.20 petang sehari kemudian.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat kira-kira 70 kilogram, berbadan gempal dan berambut panjang.
“Pakaian terakhir dilihat yang dipakai oleh remaja itu berbaju kemeja-T warna coklat,” katanya satu kenyataan di sini hari ini.
Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665,” ujarnya. – MalaysiaGazette