Kenyataan rasmi oleh pihak Istana Pahang

KUANTAN – Pejabat Sultan Pahang akan dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, pertukaran nama berkenaan telah mendapat perkenan oleh  Sultan Pahang,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan  Ahmad Shah.

”Satu lagi sejarah terlakar bagi institusi ini yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan keseluruhan Institusi Istana Pahang sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi.

la juga berfungsi bertepatan dengan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut undang-undang tubuh Kerajaan Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here