Lori yang tercabut tayar hingga menyebabkan kemalangan empat kenderaan lain di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan siasatan terperinci dan tindakan pemeriksaan dan audit keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan menyayat hati di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siasatan itu bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutama berkaitan teknikal.

“JPJ memandang serius dengan trend kemalangan perdagangan hingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menegaskan semua pemandu kenderaan perdagangan perlu sentiasa bertanggungjawab mematuhi peraturan-peraturan jalan aya yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah-kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Tegasnya, JPJ akan mengambil Langkah penguatkuasaan yang lebih tegas dengan trend kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan.

Susulan itu, JPJ akan menjalankan tindakan baharu dan melipatgandakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan khususnya melibatkan kesalahan teknikal.

JPJ akan menambah kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkaitan pemeriksaan penyalahgunaan dadah oleh pemandu.

Selain itu, JPJ akan menyemak dan memeriksa prosedur pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan yang dilakukan Puspakom atau pusat kenderaan kenderaan yang dilantik.

JPJ juga akan berkerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan untuk memeriksa dan memantau bengkel berdaftar dan bengkel haram yang disyaki menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan bagi tujuan pemeriksaan di pusat pemeriksaan kenderaan.

Selain itu, JPJ akan menilai dan menambah baik latihan dan kursus pemandu kenderaan perdagangan.

“Tahun 2025 akan dijadikan Tahun Penguatkuasaan dengan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempunyai cubaan dalam langkah bersubahat melakukan kesalahan teknikal terutama melibatkan kenderaan perdagangan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Woi jpj, p cek la treler lain. Bukan treler yg tayar dah tercabut dan tak boleh jalan ni. Treler lain tgh berjalan tunggu masa nak tercabut, korang buat apa?
    Korang punya dungu, rakyat yg jd balu.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here