Dr Syed Arabi (kanan) menerima anugerah daripada Presiden IPRM, Jaffri Amin Osman dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) telah mengiktiraf seramai 11 pengamal perhubungan awam (PR) sekaligus dimasukkan dalam senarai Akreditasi dalam Perhubungan Awam (APR) iaitu kumpulan profesional Perhubungan Awam Bertauliah berprestij di negara ini.

Naib Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Doris Lim berkata, pengiktirafan itu sebagai menghargai pencapaian luar biasa profesional PR di Malaysia selain dapat menyebarkan kesedaran tentang proses APR itu.

“Matlamat kami adalah untuk menetapkan penanda aras bagi amalan kualiti dan beretika, memastikan ahli kami diiktiraf atas kepakaran dan sumbangan mereka kepada bidang itu.

“Sejak penubuhannya pada tahun 1962, IPRM telah menjadi asas dalam memajukan profesionalisme PR, menetapkan penanda aras untuk amalan dan akreditasi PR terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden PRM, Doris Lim.

Proses APR dibuat bersandarkan faktor pendidikan mereka yang luar biasa, pengalaman yang luas dan sumbangan yang tidak ternilai kepada PR Body of Knowledge.

Proses itu dinilai oleh panel penilai yang diketuai oleh Pakar PR Kebangsaan yang juga Pengerusi Akreditasi Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

Kesemua sebelas calon APR itu telah berjaya melengkapkan keperluan akreditasi mereka, lulus dan membuat permohonan keahlian, melaksanakan kajian kes/penerbitan penyelidikan PR, menghadiri sesi temuduga dan dokumentasi sekali gus melalui pengiktirafan tersebut akan membolehkan mereka mempunyai keistimewaan untuk menggunakan penghormatan APR selepas nama mereka.

Antara penerima APR tersebut adalah Pengurus Komunikasi Korporat di Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya Sarawak, Sahrein Maloh dan Pengurus Jualan dan Pemasaran Kanan di Sri Pelancongan Sabah, Cassie Forsythe serta Ketua Komunikasi di Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, Mohamad Shahizam Fauzi.

Mereka menyifatkan proses pensijilan APR itu telah membantu meningkatkan pengetahuan tentang komunikasi strategik dan meningkatkan kapasiti bagi penyediaan penyelesaian PR yang merangkumi semua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here