KUALA LUMPUR – As Safa Travel & Tours (As Safa) kini menawarkan pakej ekonomi sebagai pemudahcara membantu golongan kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah pada tahun depan.
Pengasasnya, Md Roslan Mohammad Jaafar berkata, agensi pelancongan tempatan itu menyedari faktor kewangan menjadi penghalang buat golongan itu untuk menjejaki ke Tanah Suci.
Namun dengan tawaran harga berpatutan, orang ramai boleh memilih pakej umrah mengikut bajet masing-masing menerusi perbezaan jumlah hari, jarak hotel dan penerbangan.
“Ramai tidak mampu ke Tanah Suci kerana faktor pakej yang mahal di mana kami mengambil pendekatan baharu dengan menawarkan harga berpatutan yang tidak menyediakan makanan di sana.
“Pakej ini sebenarnya tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak kedai makan dan restoran di depan hotel dan sepanjang masjid dengan harga yang murah sekiranya jemaah ingin menjamu selera.
“Pada sama sama, kami juga tidak mahu membebankan jemaah untuk berulang alik dari hotel ke masjid semata-mata untuk menikmati pakej makanan sebaliknya jemaah perlu manfaatkan lebih masa beribadah di waktu di masjid,” katanya pada pada majlis pengenalan pakej baharu As Safa bermula serendah RM5,990 di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Md Roslan berkata, As Safa yang sudah beroperasi empat tahun perlu mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.
Ia bagi membolehkan syarikat memacu perkembangan hingga dikenali di seluruh negara yang bertepatan dengan slogan “Pergi Selamat, Pulang Selamat”.
“As Safa bukan sekadar mewarkan perkhidmatan tetapi melibatkan tanggungjawab besar untuk memastikan ibadah jemaah berjalan lancar dan diterima Allah
“Justeru, kami komited memperkukuhkan jenama As Safa sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan umrah dan haji di Malaysia menerusi Pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji,” katanya.
Sementara itu, As Safa turut menawarkan Pakej Premium bermula serendah RM9,890 beserta tawaran Haramian Train secara percuma dan Badal Haji bermula RM5,500. – MalaysiaGazette