Salah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah di dalam Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Lipis bagi menempatkan mangsa banjir.

KUANTAN – Banjir kembali melanda Raub dan Lipis akibat hujan berterusan semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan, 22 mangsa daripada lapan keluarga di dua daerah itu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Dua kampung terjejas iaitu Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit di Lipis melibatkan 18 penduduk telah dipindahkan ke PPS antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Tiga PPS yang dibuka ialah SK Lubuk Kulit dan Masjid Kampung beletik di Lipis manakala Balairaya Kg. Seberang Guai di Raub menempakan empat penduduk.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here