Bapa kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Khairul Ikhwan Mazupi, 32 tahun, yang maut dalam nahas lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Ayer Keroh, Melaka, percaya polis sedang mengumpul bukti secukupnya bagi tujuan pendakwaan.
Datuk Mazupi Abdul Rahman, yang merupakan pesara pegawai kanan polis juga yakin pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang turut mengorbankan menantunya, Fadzlenna Ramli, 32, cucunya Muhammad Umar, 2, serta besannya, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.