Home Nasional Brek gagal berfungsi, lori tangki terbabas di Karak

Brek gagal berfungsi, lori tangki terbabas di Karak

@malaysiagazette

Tular rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan insiden sebuah lori tangki terbalik di KM27.9 Lebuhraya KL- Karak (KLK) di Genting Sempah ke Gombak, awal pagi tadi. kemalangan MalaysiaGazette Sumber : Media Sosial

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Akibat kegagalan brek berfungsi menjadi punca sebuah lori tangki terbabas dalam kejadian di Kilometer 28, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam ketika lori tangki itu dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Pelabuhan Klang.

“Lori terbabit yang membawa muatan minyak sawit dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dipercayai mengalami masalah brek dan gagal berfungsi.

“Lori itu kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagaimanapun tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu dan mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Noor Ariffin berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Pavinar Krishnamurthy di talian 017-442 4699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-612 62222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here