Dua orang warganegara Myanmar dipercayai menjadi tekong sindiket menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke negara ini dicekup bersama empat yang lain di sebuah rumah transit, di Kampung Barol Pial, Rantau Panjang, Kelantan.
Menerusi kenyataan Facebook Briged Tenggara PGA memaklumkan, tangkapan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara melalui Ops Nyah II itu dilakukan pada jam 6.00 petang, semalam.